Jan 20, 2026 - FASSelangor FC berjaya membuat ‘comeback’ dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kelantan The Real Warriors FC dalam perlawanan Pusingan ke-16 pertama di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu semalam.
Kelantan The Real Warriors FC telah berikan tentangan yang tinggi sejak dari awal perlawanan sehingga mereka terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Simon Lyngbo, sekali gus mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Selangor FC menambah tekanan dan usaha para pemain membuahkan hasil apabila kapten pasukan, Faisal Halim, menyamakan kedudukan pada minit ke-61 sebelum melengkapkan jaringan keduanya dalam aksi #TRWSFC pada masa kecederaan 90+3’ bagi memastikan kemenangan 2-1 di tempat lawan buat Merah Kuning.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, akui pihak lawan berikan cabaran yang tinggi dan yakin kemenangan ini akan menyunting semangat di perlawanan ‘Home’.
“Perlawanan malam ini amat sukar dari awal lagi kerana pihak lawan beraksi dengan sangat tersusun dan memberikan cabaran yang kuat kepada pasukan. Walaupun menghadapi kesukaran, pasukan terus berusaha untuk bermain mengikut cara Selangor FC dan sedikit demi sedikit memperkuatkan gaya permainan kami,” jelas Kim Pan-gon
“Perkara yang paling ketara ialah semangat perpaduan dan ketahanan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua. Pemain-pemain berjaya mengatasi situasi yang mencabar dan bagi saya apa yang mereka tunjukkan sangat bermakna. Selain itu, ini adalah kemenangan yang penting untuk pasukan dan saya yakin kita boleh menampilkan persembahan yang lebih baik dalam aksi kedua di ‘Home’,” yakin beliau
Daripada perlawanan #TRWSFC dalam perlawanan Piala Malaysia 2025/26 semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-
Kapten Pasukan Menjalankan Tugas
Faisal Halim, kapten Gergasi Merah, menjadi individu penting yang membantu pasukan meraih kemenangan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan dua jaringannya, pada minit ke-61 dan masa kecederaan 90+3’, sekali gus dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan #TRWSFC. Musim ini, Mickey, nama panggilannya, telah menjaringkan 14 gol: Liga Super (3), Piala FA (7), Piala Malaysia (2), ACLTWO (1), dan Shopee Cup (1). Secara keseluruhan, beliau telah menjaringkan 30 gol bersama Selangor FC.
Kemenangan ini tidak akan terjadi tanpa pemain-pemain yang telah bersama-sama berjuang untuk dapatkan kemenangan semalam.
Seterusnya, Selangor FC akan meneruskan kempen Piala Malaysia 2025/26 bagi perlawanan Pusingan ke-16 kedua menentang Kelantan The Real Warriors FC pada jam 8:15 malam. Ayuh sokong pasukan dengan kehadiran anda di Stadium. Dapatkan tiket di sini.
Pihak pengurusan Selangor FC gembira dengan usaha keras pasukan dan berharap para pemain kekal pamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan kedua Pusingan ke-16.
Demi Kebanggaan!
Kesebelasan Utama: Kalamullah Al-Hafiz, Quentin Cheng, Mohammad Abualnadi, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Noor Al Rawabdeh, Mukhairi Ajmal, Safuwan Baharudin, Syahir Basah, Mamadou Diarra, Chrigor Moraes.
Pertukaran: 57’ Haiqal Lau > Syahir Bashah, 70’ Mahamé Siby > Mukhairi Ajmal, 87’ Zikri Khalili > Quentin Cheng.